Tuesday, October 26, 2010

alhamdulillah...
segalanye berjalan lancar...
setakat ini tiada ape2 masalah yang besar buat aku...
semuanya dah settle..
baik masalah peribadi ataupn bkn peribadi...
mgkn tuhan nk tunjukkan pd aku y segala keperitan yang aku lalui selama ni ade hikmahnye..
tuhan ketemukan aku pd insan y lebih baik...
kini...
aku nk berpegang pd satu prinsip jek...
'Jika kamu telah bertemu seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kpd dirimu,menyayangimu,mengasihimu,knp kamu mesti berlengah dan cube membandingkannya dengan org lain?terlalu mengejar kesempurnaan...kelak kamu akan kehilangannya apb dia menjadi milik org lain...kamu juga y akn menyesal...~'
aku berharap semua ni berjalan dgn lancar selepas ni...
harap aku tidak melukakan hati sape2...
semua dah ditakdirkan...
aku akan cuba sedaya y aku mampu..
insyallah kalu ade rezeki adela...

p/s:y seronoknye arini kamu buat keje giler arini...
pergi round2 satu upm pas2 g padang golf...
niatnye saje nk ronda2...
pas2 dgn tekad dan azamnye kami g rembat bola golf y bersepah2 2...
hahahaha...
2la sape suh sepah2kan lg..
dgn muke xmalunye terjingkit2 g kutip bola golf 2...
dlm hati dup dap dup dap..
takut org nampak..
tp nsb bek lah xkantoi...
hahahaha...
bola itu akan aku buat kenangan...
sbb moment itu sungguh klaka skali...
wakakakaka....
ade mase buat lg yerk...
end~

INI UTK RENUNGAN BERSAMA:

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya
tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah
lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu
perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan
terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia
seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah
70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan
kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh
menimbulkan kepercayaan.
*
Faktor 1 - Konsisten.*

Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi
kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada
kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi
berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘menjerat’
kamu. Siapa tahukan!


*Faktor 2 - Boleh dikawal*

Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh
menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia
akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat
kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara yang
tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi
jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu
dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

*Faktor 3 - Komitmen*

Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai
perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia
berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja
perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud
dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah
ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu
terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

*Faktor 4 - Kejujuran*

Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia.
Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya
diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua
tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan
bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana
masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya
mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin
perhubungan yang stabil.

*Faktor 5 - Terima seada-adanya*

Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik
buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu
sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara
negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha
untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga
boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan
kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

*Faktor 6 - Perlu dimengertikan*

Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya
mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan
pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti
tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin
perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh
timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu
tidak dihargainya.

* Faktor 7 - Simpati*

Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam,
seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya
tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati,
kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh
menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami
sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

*Faktor 8 - Diyakini*

Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam
hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa
si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang
penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang
boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

*Faktor 9 - Perbezaan pendapat*

Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia.
Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui
bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang
yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama
pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan
masing-masing.

*Faktor 10 - Elakkan dendam*

Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan.
Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan.
Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik
mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin
berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan
memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang
terbaik untuk menjernihkan suasana.

*Faktor 11 - Berfikiran terbuka*

Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan
apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting
dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang
tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah
setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima
pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus
mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa
yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

*Faktor 12 - Tulus dan jujur*

Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah
perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa
yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan
bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap
didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh
‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.
*
Faktor 13 - Tak selalu didampingi*

Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang
inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup
memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula
berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja
mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah
niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani
aktiviti sendiri.

*Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hati*

Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti
rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai
jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia.
Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun
perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan
kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si
dia sahaja yang bertakhta di hati.

*Faktor 15 - Persamaan*

Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila
masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti
utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah
mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling
memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam
perhubungan.
*
Faktor 16 - Tak saling menyalahkan*

Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan
‘bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi
sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua
pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng
berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan
masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah
penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.


*Faktor 17 - Hormat-menghormati*

Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu
harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana
terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini
akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu
pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh
sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.


*Faktor 18 - Penghargaan*

Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung
tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia
tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya
kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun
kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan
perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

*Faktor 19 - Bukan materialistik*

Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu
‘pokai’ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam
perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama
mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin
sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

*Faktor 20 - Perancangan bersama*

Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi
ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin
kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan
bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi
kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang
indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu
agaknya ye?


No comments:

Post a Comment